FITRAH KASIH

Kasih sayang adalah sifat fitrah dalam diri manusia. Manusia tidak boleh hidup tanpa kasih sayang. Wujudnya program ini berdasarkan realiti sebenar kehidupan manusia yang memerlukan keprihatinan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan. Fitrah Kasih bertujuan membantu menyedarkan masyarakat agar menghargai kasih sayang dan membantu menjejaki mereka yang terpisah seterusnya berusaha menjalinkan kembali silaturahim yang terpisah.

“Fitrah Kasih” telah bersiaran mulai 30 April 2007 selama 1 jam di RTM1. Rancangan yang mengambil masa 1 jam ini berterusan sehingga Mac 2008 secara bulanan. . Pada 10 April Setiap Khamis 9 malam di TV 1 Fitrah Kasih akan bersiaran secara mingguan selama 30 minit. Sasaran penonton merangkumi pelbagai peringkat umur dan lapisan bangsa di saluran RTM 1.


Pengenalan | Galeri Gambar/Video | Koleksi Rancangan | Interaksi | Pendapat | Hubungi
Hak Cipta Fitrah Kasih 2008